Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Majlis Daerah Kuala Langat Mei 2018


Permohonan dipelawa kepada warganegara Malaysia, keutamaan kepada anak-anak
Negeri Selangor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18
tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan seperti yang berikut:


1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 

Taraf Jawatan : Tetap/Kontrak

Kekosongan : 3

Jadual Gaji :

Gaji Minimum : RM1,352.00 -
Gaji Maksimum : RM4,003.00



Syarat Lantikan

a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
( Gaji Permulaan: RM1,352.00 );

atau

b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji Permulaan: RM1,408.40 );

atau

c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji Permulaan: RM1,464.80 );

dan

d) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kelayakan SPM:

(i) Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan 2 daripada mata
pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus
dalam satu peperiksaan ;

atau

(ii) Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan 2 daripada
mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat
Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun
berturut-turut.


Cara Memohon :

1. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang
Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat yang boleh diperolehi
di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Kuala
Langat, Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting atau muat turun
dari laman web www.mdkl.gov.my.

2. Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan / Badan
Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan
Penamatan Perkhidmatan) 2005.

3. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport,
salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ibu dan bapa
pemohon, salinan sijil kelahiran pemohon, salinan sijil kelahiran ibu dan bapa
pemohon, salinan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum serta salinan sijil-sijil
penghargaan yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan
Kumpulan Pengurusan & Profesional / Pengetua / Guru Besar / Penghulu / Ketua
Kampung. Nama jawatan hendaklah dicatat di sebelah kiri sampul surat.

4. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

5. Tarikh permohonan pada : 18 hingga 31 Mei 2018.

6. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari
tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya



Previous
Next Post »
resources blog