Jawatan Kerja Kosong Penghantar Notis Majlis Daerah Kuala Langat Mei 2018


Penghantar Notis Gred N11 

Taraf Jawatan: Tetap
Kekosongan : 1

Jadual Gaji : 

Gaji Minimum : RM1,216.00 –
Gaji Maksimum : RM2,983.00

Syarat Lantikan: 

a) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta memiliki lesen memandu sekurang-kurangnya Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. ( Gaji permulaan: RM1,216.00 );

dan

 b) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga atau Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kelayakan SRP, PMR atau PT3 :

 (i) Mendapat sekurang-kurangnya peringkat ‘D’ dalam 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik.

(ii) Bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan ‘kepujian’ dalam mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Malaysia atau Pengetahuan Agama Islam atau seumpamanya di peringkat SRP, calon-calon hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya peringkat ‘C’ dalam mata pelajaran berkenaan di peringkat PMR atau PT3.

Cara Memohon :

1. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang
Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat yang boleh diperolehi
di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Kuala
Langat, Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting atau muat turun
dari laman web www.mdkl.gov.my.

2. Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan / Badan
Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan
Penamatan Perkhidmatan) 2005.

3. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport,
salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ibu dan bapa
pemohon, salinan sijil kelahiran pemohon, salinan sijil kelahiran ibu dan bapa
pemohon, salinan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum serta salinan sijil-sijil
penghargaan yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan
Kumpulan Pengurusan & Profesional / Pengetua / Guru Besar / Penghulu / Ketua
Kampung. Nama jawatan hendaklah dicatat di sebelah kiri sampul surat.

4. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

5. Tarikh permohonan pada : 18 hingga 31 Mei 2018.

6. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari
tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya
Latest
Previous
Next Post »
resources blog